Halaman

5S


PDF Print E-mail


PENGENALAN

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelppori oleh pihak Industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Pejabat Kesihatan Kota Tinggi berasaskan Standard MS ISO 9001:2008 khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan persekitaran kerja. Perlaksanaan amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan / Agendi secara keseluruhan.







 







           DASAR 5S PDF Print E-mail
PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI
POLISI 5S

PKD Kota Tinggi komited dalam amalan 5S dengan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berimejkan korporat bermatlamat melahirkan budaya kerja berkualiti berteraskan muafakat untuk pemantapan organisasi, peningkatan produktiviti serta kepuasan pelanggan.

                                                                OBJEKTIF
1.     Mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih,kemas dan selamat.
2.     Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan motivasi di kalangan anggo
3.     Menjadikan pengurusan operasi organisasi terutamanya stor dan dokumen lebih sistematik dan berkesan
4.     Meningkatkan produktiviti dan kecekapan  sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan
5.    Mengurangkan aduan pelanggan

                                                     MATLAMAT

Ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan inovatif melalui persekitaran kerja yang kondusif serta diiktiraf melalui pensijilan 5S

                                                      SLOGAN
Kondusif Produktif Responsif Ceria

Tiada ulasan :

Catat Ulasan